Search!

Custom Search

AdiLan's Club Headline Animator

Feb 28, 2011

Terperangkap dalam bilik

.
HANGUS... anggota bomba menyiasat punca kebakaran

KEPONG: Malang tidak berbau apabila seorang ibu dan anak perempuannya ditemui mati dalam bilik berikutan gagal keluar dari rumah yang terbakar di Taman Sri Sinar, di sini, pagi semalam, biarpun suaminya pengerusi sukarelawan bomba di Jinjang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, Ong Ean Lee, 33, ditemui terlentang di atas katil, manakala anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu, 2, terbaring atas lantai bersebelahan katil dalam bilik sama.


Mangsa dikatakan sempat menjerit meminta bantuan jiran, namun gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat, selain pihak bomba sukar memasuki kawasan perumahan itu kerana palang keselamatan di pondok pengawal berkunci dan pengawal tiada di situ.


Ibu malang itu tinggal bersama anak tunggalnya ketika kejadian manakala suami, Calven Loke Wai, 36, mempunyai urusan di Melaka.


Calven yang juga Setiausaha Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Kuala Lumpur berkata, kali terakhir dia bertemu isteri dan anak ketika keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi kelmarin.


Dia juga sempat menghubungi isteri sebelum bertolak kira-kira jam 6 petang bagi menghadiri mesyuarat di Melaka..





Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Tikam dada lebih 10 kali

HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

KM Melaka: Ok bagi utamakan penyokong BN

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.

"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.

"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.

Namun, beliau menjelaskan falsafah pegangannya itu tidak membabitkan golongan miskin dan yang memerlukan kerana mendakwa kerajaan negeri pimpinannya tidak mendiskriminasi berdasarkan kecondongan politik rakyat.

"Apabila memabbitkan rumah kos rendah atau agihan makanan, kita tidak diskriminasi... Umno ikhlas (memberi bantuan) dan Allah membantu mereka yang membantu orang lain.

"Rakyat akan sokong orang yang menolong mereka,” katanya hari ini.

Malam semalam, Mohd Ali pada ceramahnya di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau berkata beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, YuhaizadAbdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Beliau juga mengingatkan penduduk bukan Islam bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengazetkan sebidang tanah untuk dibina sebuah kuil dan mereka seharusnya berterimakasih kepadanya.


merlimau 270211 dondang sayang at rumah penghulu mat natarDitanya mengapa BN mengungkitkan soal itu, Mohd Ali berkata, apabila budi ditaburkan, mereka yang menerimanya wajar berterima kasih.

“Adalah menjadikan tanggung jawab kerajaan dan hak rakyat untuk dijaga dan apabila ibu bapa menolong kita, kita patut ucapkan terima kasih,” katanya.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Jangan Pandang Rendah Calon Bukan 'Heavyweight" PAS - Najib

JENGKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyeru jentera parti itu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau agar tidak memandang rendah kekuatan parti lawan.
Perdana Menteri berkata, BN tidak boleh memandang ringan keupayaan PAS walaupun parti itu menurunkan calon yang disifatkan sebagai bukan 'heavyweight' bertanding di kawasan berkenaan.
"Saya fikir mereka ada perkiraan, kalau mereka letak calon seperti (Naib Presiden PAS) Datuk Tuan Ibrahim (Tuan Man), beliau sudah kalah dua kali dan kalau kalah tiga kali... ia berat bagi beliau.
"Selain itu mereka nak letakan Tuan Ibrahim dalam hierarki akan datang dalam kepimpinan PAS.
"Jadi mereka letakkan calon yang bukan 'heavyweight' tapi kita tak boleh memandang ringan. Walaupun mereka akan arahkan penyokong mereka untuk sokong," katanya di sini, Ahad.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.
BN diwakili Naib Ketua Bahagian Umno Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, manakala PAS mempertaruhkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, 43.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembangkang hanya mempunyai dua pertimbangan apabila menyertai pilihan raya kecil ini.
"Bila mereka masuk dalam pilihan raya kecil, mereka nak menang, bila mereka meletakkan calon, tentu sekali mereka fikir bahawa calon mereka itu ada harapan.
"Ataupun mereka meletakkan calon untuk menunjukkan bahawa sebenarnya BN tak kuat dalam kawasan ini.
"Jadi kita mesti anggap ini sebagai tentangan yang biasa dan kita akan lawan ikut kemampuan kita untuk meraih sebanyak mungkin sokongan kepada BN," katanya.

Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Middle East unrest spreads to Oman

One protester killed by security forces in Omani town of Sohar, while Bahrain stages peaceful demonstration and Saudi intellectuals call on king to relinquish many powers

Cars set alight by protesters at a covered car park in the town on Sohar, Oman. 
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

World leaders unite against Gaddafi

World leaders issued calls for Muammer Gaddafi to leave office as the sanctions drive against Libya intensifies.

Amid continued fighting near Tripoli and elsewhere in the country, Angela Merkel, German chancellor, said it was “high time” for Colonel Gaddafi to depart and hailed new UN Security Council sanctions as a sign of international resolve.


The European Union is on Monday expected to approve its own measures, which would take effect midweek.

Barack Obama the US president, informed Ms Merkel in a telephone call, of Washington’s view that Col Gaddafi should go. Both David Cameron, British prime minister, and Nicolas Sarkozy, French president, were expected to address the topic later on Sunday.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/