Search!

Custom Search

AdiLan's Club Headline Animator

Mar 6, 2011

Yuhaizad Abdullah terima sms daripada Geng Jebat Dehaka


Perkhidmatan pesanan ringkas (sms) berbaur ugutan tersebar di sekitar kawasan Merlimau, memberi amaran supaya pengundi tidak menghadiri ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat.  Calon PAS-PR, Yuhaizad Abdullah (gambar bawah, tengah) bersama empat orang ahli PAS, menerima sms sedemikian pada petang semalam.

"Geng jebat derhaka akan terus mengganas di ceramah-ceramah PR yang menjadi pentas memecah belahkan Melayu. Sekiranya anda mahu kejadian pecah kenderaan di chinchin dan Jalan Pahlawan berulang, hadirla ke ceramah2 PR pd mlm ini dan seterusnya. awas keselamatan kenderaan anda tidak dijamin," demikianlah kandungan sms yang diterima oleh Setiausaha PAS Melaka, Harun Mohamad, daripada nombor telefon 0124496241.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Lim Guan Eng: Pos Malaysia atau Pos Mata Duitan?


Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan Pos Malaysia berikutan tindakan menaikkan caj komisen yang dikenakan iaitu daripada 70 sen kepada 90 sen bagi setiap pembayaran bil air.  Walau bagaimananpun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) belum membuat sebarang keputusan dan akan terus menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sebagai medium bagi memudahkan orang awam membayar bil.

PBA membelanjakan RM700,000 setiap tahun sebagai komisen kepada Pos Malaysia.  Ini dilakukan bagi mengurangkan beban kepada pengguna Pulau Pinang.  Peningkatan 20 sen iaitu daripada 70 sen sehingga 90 sen telah mengakibatkan peningkatan kos sebanyak RM200,000 dari RM700,000 kepada RM900,000 setiap tahun.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/