Search!

Custom Search

AdiLan's Club Headline Animator

Mar 4, 2011

Kerdau bakal terus tersudut setelah 53 tahun!

Memasuki hari ke-6 berkempen, Menteri Besar Pahang tentunya menyesal tak sudah-sudah mencabar PAS kononnya ketandusan modal untuk berkempen.  Beliau kini semacam terpaksa dikenakan "rawatannya sendiri" atau bak pepatah Inggeris "a taste of his own medicine".  Dalam bahasa pasarnya, padan muka dia.

Setelah 53 tahun merdeka, bandar "cowboy" Kerdau dalam kawasan Kuala Krau, baru disedari wujud dalam Persekutuan Malaysia ini.  Pimpinan UMNO/BN sewajarnya malu dan kesal betapa sebuah DUN yang bernama Kerdau bahkan seluruh Kawasan Parlimen Kuala Krau tersudut dan terpinggir dalam arus pembangunan negara.  Jauh dari kerancakan perkilangan yang menjana pekerjaan dan pendapatan buat pihak berkuasa tempatan.  Kini Kerdau diancam nasib yang sama untuk beberapa dekad lagi.

Pelik tetapi benar, bagaimana segala pendedahan pengurusan bobrok Adnan Yaakob (gambar kiri), masih boleh dia nafikan mentah-mentah, meskipun yang mengkritik dan mendedahkan kepincangan pengurusan beliau bukanlah akhbarHarakah, Rocket atau Suara Keadilan.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Untold stories of Ngan Ching Wen


The funeral service of prominent businessman and philanthropist Ngan Ching Wen will take place at his home town Ayer Tawar, Perak, tomorrow (March 5).  And his former secretary Wenly Chin and I, his special assistant from 2004 to 2007, have decided we must attend this last event of his life on Saturday.

"Tan Sri had been a very nice and kind boss to us.  We must make sure we follow his cortege for some distance and bid our last good bye to him on Saturday," said Wenly last night over the phone, as we finalized our travel arrangement from Kuala Lumpur for Friday.

My eyes immediately turned wet.  Yes, he was not only a good boss but a decent businessman and outstanding Chinese community leader who has earned my respect since I began to report on Chinese guilds, politics and business from the 1980s, as a reporter with The Star newspaper and later Reuters International News Agency.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Azizah: Betapa mudahnya Abdullah ditipu dalam isu PKFZ





Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.  PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir.  Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy (gambar bawah) atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam.  Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.  Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Mahathir Mohamad.  Kebanyakan dari mereka yang "tertipu" masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara.  Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak diterima akal.
Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini.  Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.  Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.
*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail (gambar kiri) selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/