Search!

Custom Search

AdiLan's Club Headline Animator

Mar 10, 2011

Najib dan Mubarak: Persamaan yang ketara


Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan Barisan Nasional ke atas Malaysia.  Perdana Menteri Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN ke atas negara kita.

Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihan raya yang tidak bebas ataupun adil.  Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP), Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.

Tetapi yang amat ketara, kedua-dua Mesir di bawah perintah Mubarak dan Malaysia di bawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka.  Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.  Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang.

Dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung keatas Ketua Pembangkang nasional Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak.  Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi Mahathir Mohamad dalam tahun 1998.  Mahathir telah baru-baru ini menerbit sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas Perdana Menteri.  Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja.

Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok).  Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005.  Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat.  Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara.

Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir.  Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas Barisan Nasional dan pemimpinnya Najib Razak.  Pemerintahan Barisan Nasional yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir.  Untuk kebaikan negara, Barisan Nasional perlu disingkirkan. 
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

Doktor: Saiful dakwa dadanya diramas

Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital. 

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.


Bahan pelincir

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.
NONEDr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.

Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.

NONEOleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.
Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Berlaku pendarahan

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

NONENamun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Sebelum itu, pendaftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu mahkamah bahawa kereta Audi 'WMK 6' didaftar atas nama Anwar.

Menurutnya lagi kereta Perdana V6 automatik pula dimilik oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Manakala kereta Toyota Harrier pula didaftarkan atas nama Omar Malik. Terdapat sebuah lagi kereta - WNK5251 - yang dimiliki oleh Chan Wai Hong.

Ahmad juga, dalam keterangannya berkata, pemilik kenderaan lain termasuk Nik Mohd Nik Hassan.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

P/raya Sarawak penentu nasib Pakatan Rakyat?

Seandainya 9 Mac 2008 menandakan permulaan era baru politik Malaysia, dan menjadi pembuka tirai zaman "tsunami politik"; maka hari ini adalah hari terakhir selepas genap tiga tahun "tsunami" berlaku.  Apa yang berlaku menjelang ulang tahun ketiga ini adalah kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya kecil, malah UMNO mencapai prestasi yang lebih baik daripada PRU tahun 2004 di Kerdau.

Sebaik sahaja PRK melabuh tirai, DAP terus membantah pengharaman penjualan tiket perjudian oleh kerajaan PAS di Kelantan, mendedahkan kontradiksi dalaman PR.  Justeru itu, apakah ia penghujung "zaman tsunami" mulai esok, atau apakah pergolakan yang berlaku sepanjang tiga tahun ini sekadar riak air yang bakal kembali tenang tanpa meninggalkan kesan?

Sejauh manakah impak tsunami politik 8 Mac 2008 terhadap perkembangan sejarah kita?  Apakah PR bakal kembali kepada bentuk asalnya selepas PRU yang akan datang?  Kita perlu membuat penilaian dalam konteks sejarah yang lebih luas, dan bukannya tertumpu kepada apa yang berada di depan mata sahaja - barulah jawapan yang lebih jelas diperolehi.  Samuel P. Huntington mengibaratkan "pendemokrasian" sebagai ombak, kerana ada pasang dan surutnya fikrah demokrasi.  Ia bukan sahaja berlaku di luar dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/

DAP: PAS, jangan tak sedar diri

Untuk puluhan tahun yang lalu, adalah menjadi sikap kaum Cina di negara kita untuk menjauhkan diri daripada PAS.  Selain hujah sekelompok pemimpin PAS yang ekstrem dan tidak direstui, hujah perkauman MCA yang berbaur ugutan turut menjadi punca terpupuknya sikap sedemikian.

Selepas "tsunami politik", DAP, PKR dan PAS telah mengambil-alih kuasa lima kerajaan negeri, malah menafikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat.  Perubahan ini membuka lembaran baru dalam senario politik Malaysia, malah pembentukan Pakatan Rakyat telah membuka tirai sistem dua parti.  Pada masa yang sama, komuniti Cina telah berpeluang untuk mendampingi PAS secara dekat, yang selama ini dilabel secara negatif oleh MCA.
Best Blogger Tips
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Read more! Read more: http://adilan-akusajasukasukatapi.blogspot.com/